Tuesday, 24 October 2017

Perfect two

hi guys, asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. okay post sebelum ni saya ada post pasal someone that i called BEST FRIEND well hell yeah now i want to post fully about him, and this time if you want to read it so, keep your eyes opened WIDELY because this time im gonna boom this page with all sorts of him. hihi

so, lets called him 'Pancake'. okay this pancake's umur 21 tahun this year(2017) on 24 July 1996, yeah he's older 1 year than me. yet kami berkongsi perangai yang sama, watak yang sama like everything sama sama la hiks. nanti kita cerita perihal yang sama-sama okays. okay mana mau mula ni, saya bingung sudah(sorryla i hv mood to type bahasa sabah cus malas mau type semenanjung, but dont worry i'll not guna bahasa kampung yang buat kalian 'wtf?' 'what did she say?' haha no no, saya baik juga k).

"How did i met him?"
 okay. i met him like 3 years ago, tahun 2014. and time tu lepas SPM, fresh spm la katakan, and i kerja dekat 1 cafe at Sulaman sentral, sepanggar KOTA KINABALU, Sabah. In order to gain money sikit-sikit smentara tunggu result spm keluar, so i go work la. then, time tu dia kerja dekat satu company sticker yang buat banner buat sticker buat signboard and so on, yang mana sebelah ja dekat cafe yang i kerja tu. actually, dia pun newbie jugak dekat situ, baru-baru ja kerja.

and then, satu hari tu, kawan sekerja saya named Memey told me yang manusia-manusia yang kerja dekat company stickers tu(nama kedai tu Borneo Stickers) semua menakutkan and a bit psycho. and apa yang dia cakap tu a bit menakutkan saya jugaklah because tengok muka-muka yang kerja situ tu macam memang menakutkan jugakla. ataupun just my fikiran sahaja i dont know la. ONE FINE DAY, si pancake, adik dia & kawan sekerja mereka(semua kerja dekat borneo stickers tu, tiga orang tu diorang) datang makan dekat cafe kami, and time tu first time bagi saya dorang makan dekat sana since mau dekat sebulan saya kerja sana. Memey told me to layan mereka like kautkan nasi lauk apa semua. Then i ok ja sebab manala aku kenal dorang kan, so aku layan ja la buat biasa ja. Sebab si memey ni penakut betul hahahaha. Sudah aku kautkan adik dia and kawan sekerja dia tu, then dia adalah orang last yang aku kautkan nasi dan lauk. And gaya-gaya dia macam dia sengaja untuk jadi orang last masa tu. TIME TU DIA PAKAI BAJU WARNA PINK and i'll be like... eiuuuuuuu. Apasal nak pakai baju pink kan, macam eiu je, hehehehe. Bila aku kautkan dia nasi lauk apa semua, dia ni macam tak fokus bila aku tanya 'lauk mana?' 'nasi banyak ke tak?', like dia fokus tengok muka aku HAHAHAHAHA lawak bila ingat balik.

"Macammana boleh tercouple?"
Tak, mula-mula kami kawan ja. Sebab memang hobi aku suka friendzoned kan orang huhuhu. So, after that incident kaut-kaut nasi, after asar maybe, Memey tanya aku, "ok ka layan dorang tadi?" and i kata okay ja la kan, tiada pun kena pukul ka kena cabul ka hahahaha. Tetiba dia sentuh hal si pancake ni pula, dia kata kami ngam la apala, sebab dia kata si pancake ni time makan balik2 tengok aku, then aku pun tidak kisah la. Sebab, tengok ja kan, bukan mengacau pun. Tiba tiba dia kasi gossip pula kami, and memandangkan dia dengan adik si pancake ni berkawan di wechat, like selalu chat la kan(dia kata dorang menakutkan psycho la apala tapi berkawan juga dengan orang begitu hahahahah). Then aku pun bodoh juga la pegi cabar dia suruh kirim salam dengan pancake tu. BETUL-BETUL dia kasi tahu, astagfirullah malas juga la mau cakap tapi apa boleh buat benda sudah jadi kan. Lepastu, si pancake minta number aku dengan id wechat. Haih, aku memang nda la kan mau bagi, because yeah i dont know him buat apa mau bagi kan. Si memey ni pula memaksa aku suruh bagi, dia kata kesian la apala whatthehell betul la. Terus TANPA PENGETAHUAN AKU, dia bagi aa nombor aku dengan tu lelaki. Haih, satu episod lagi bermula bila si pancake add aku di wechat, ajak sms, and semua aku buat nda tahu ja. Macam tiada hasil ba mau layan orang yang kita malas mau kenal.

Lepastu lama-lama, gentle la konon si pancake ni. Dia ajak aku jumpa kejap lepas kerja. Mula-mula aku berkeras tidak mahu jumpa dia, tapi dia berkeras juga memaksa because dia cakap lepas dia dapat jawapan daripada aku pasal soalan dia yang dia akan tanya bila jumpa nanti, dia tidak akan kacau aku lagi. Macam sedih sikit kan bunyi dia, but time tu aku jumpa juga dia, in order untuk tidak diganggu lagi, lol. HAHAHAHA.

Bila sudah jumpa, yang dia tanya just 'aku ni sudah ada yang punya kah' and 'ada tunang sudahka' because aku pakai cincin emas time tu. Aku pun admit juga la aku ada tunang kononnya supaya tidak kena ganggu lagi muahahahaha. Tapi dia tidak percaya, cibai betul. Jadi mahu nda mahu terpaksa cakap yang aku single BUT NOT AVAILABLE. Guess what? After that met MASIH LAGI DIA BERUSAHA KACAU AKU because that night dia mengaku dia minat dekat aku, tapi just mau kawan ja at first. Haih.

Then kami pun kawan. Untuk 2 bulan. Starting december till January maybe.

February kami start couple. Because.. macammana ah? Time tu macam, kan masih budak-budak, fikiran pun belum up. so macam couple tu untuk suka-suka ja ba, tidak serious mana pun. So couple punya couple, aku makin sayang dekat dia. And maybe the way he treat me, or said he sayang me, biasalah perempuan kan, bodoh, cepat betul sayang orang. Padahal biasa-biasa ja pun time tu hahahaha, tiadalah macam bagi big surprise ka macam Hafiz Mahamad, just chat-chat gitu ja. Ya Allah nda serious gila tu hubungan time tu. Macam ada tiada ja.

"And then, apa jadi?" 
Dalam satu bulan ja wey kami couple, and then break. Because what? Sebab dia tidak serious pun dengan hubungan tu. Menurut dia yang sekarang, time tu like macam dia tidak ambil serious pun, untuk suka-suka ja. Like me la juga. Itu permulaan. Bila mau start-start sayang sudah like the way i feel juga la time tu, tiba-tiba ex dia yang anjing tu datang balik, menagih kasih. Dia tidak kuat time tu, dia masih menaruh harap sebenarnya dengan perempuan tu tapi perempuan tu abaikan dia. And then bila mau start sayang sudah dengan aku tetiba tu perempuan datang balik. And aku faham juga rasa tu macammana, like kau dilema mau pilih yang mana. Mestilah pilih yang lama kan, because hubungan yang lama tidak setanding dengan hubungan yang berapa bulan ja kau kenal. So, time tu bukan dia yang tinggalkan aku. But i yang tinggalkan dia. Macammana aku tahu? Firasat perempuan tu kuat, lebih kuat bila dia terpanggil aku dengan nama panggilan dorang dua. Apa maksudnya tu? They berhubungan behind my back la kan? huhuhu tidak kisahla, because memang dia sayang tu perempuan kan.

So i left him. Memang sakit, i lari pegi kl. 2 minggu makan minum tidak terjaga, im so kurus that time. Macam mayat hidup. Sakit bila kau sudah kena bagi harapan last-last habis gitu ja. HAHAHAHAHA.

"How boleh tercouple balik?" 
2 years lebih aku di kl, study. So i came back 2016. Habis study sudah kan. So macam biasa. aku tidak boleh duduk diam lama di rumah, aku pun carilah kerja. Gain money than nothing. Bulan oktober 2016 aku kerja dekat satu kedai serba ada dekat SULAMAN juga, because my rumah dekat-dekat dengan situ juga kan. Tidak lari mana pun, di sulaman juga tu saya kerja HAHAHA. And aku tidak mau betul bump dengan dia, because yala Ex kan. Siapa ja mau jumpa ex depan-depan, setelah apa yang kita rasakan sakit untuk move on dari dia. HUHUHUHU.

Banyak usaha saya buat untuk tidak terjumpa dengan dia, and kuasa Allah kan, then one day tu kami terlalu sesama sendiri, and HAHAHAHA time tu sangat awkward like.. kau tidak tahu mau buat apa, macam seolah-olah masa tu terhenti yang mana ada kamu dua ja. Then end-up senyum ja. Start situ, dia mula cari-cari aku di kedai. Datang-datang kedai mau beli alat stickers diorang like pisau ka apaka tape ka. And asal dia datang kedai aku mesti lari bersembunyi. Banyaknya usaha aku Ya Allah kalau ingat balik lawakla. Sampailah suatu masa dia nampak aku dari kedai dia, MENJERIT DIA PANGGIL AKU. Aku pun.... aduh apa mau buat time tu pun aku tidak ada idea because, dia sudah nampak aku, siap panggil lagi. Aku mau lari pun nampak macam looser kan. Macam aku pula yang bersalah bila kami break dulu, padahal terang-terang dia yang berpaling arah dulu kan hahahaha. So, mahu nda mahu, face ja laaaaaa.

'dimana sudah kau sekarang?' 'apa khabar?' 'lama tidak nampak' HAHAHAHA awkward question la juga with awkward answers. macam bodo-bodo pun ada time tu. End-up dia minta number aku, like... what the hell? Senang-senang dia ja kan minta. Then aku pun tidak bagi la, aku cabar dia datang kedai untuk minta HAHAHAHAH sebab tu ja taktik untuk tidak bagi nombor aku time tu. Sekali selang berapa minggu kemudian, dia datang kedai, siap pegi belakang lagi ah cari aku. HAHAHAHA LAWAK SIOT. Mau lari, dia sudah nampak. Jadi macam biasa, ndamau kena nampak macam looser, face ja la kan. Time tu aku yang minta number dia sebab bagi aku kalau buat gitu, dia tidak akan dapat number aku sebab aku tidak akan pernah whatsapp dia. Tapi terbalik. Lain yang jadi. AKU WHATSAPP DIA OKAY. Aku pun no idea kenapa aku whatsapp dia, because aku kan paling ndamau kalau dia tahu number aku. Haih. Semuanya automatik tanpa sedar, entahla mungkin time tu sengaja mau tahu khabar, or mau jadi kawan ja kan. Ex pun boleh jadi kawan ba, supaya tiada hatred even dulu pengakhiran dia macam bodoh.

terus barulah dia cakap, ex dia yang bodoh dulu tu memperbodohkan dia balik. Lepas dapat dia, dikasi tinggal lagi. Aku pun hairan, kenapalah ada manusia yang wujud macam ex dia tu, macam tiada hati dan perasaan langsung. Sudah dapat, senang-senang kena kasi tinggal. Haduh.

Lepastu dia cakap, time tu dia baru rasa menyesal sebab buat macamtu dekat aku. Bagi aku harapan then end macam tu ja. Then dia ada cari aku balik, tapi lost contact abis. So, bila jumpa balik ni, dia mau minta maaf. Dia mau tebus balik kesalahan dia.

Aku pun.. er sorryla bro. Ex tidak patut dapat second chance.

Tapi bodoh jugakan perempuan, kalau sudah sayang memang akan sayang juga. Tidak boleh tipu diri sendiri.

31 January 2017 baru aku tahu apa aku rasa, perasaan aku untuk siapa dan hati aku milik siapa.

So thats a date between us.

And alhamdulillah so far hubungan kami baik sahaja.

AIPP! Tak kata couple pun, kan kami BESTFRIEND HAHAHAHAHAHAHA.

Masuk bulan depan 9 bulan sudah. InsyaAllah usaha untuk kekalkan.

Doakan yang baik-baik sahaja guys ngehehehe.


"Apa nama dia?"
I called him EB. Nama penuh? Abdul Mutalib Bin Rudy. Nampak warak kan? Ustaz2 gitu. Tak ustaz pun. Saitan adalah HAHAHAHAHA.

Next post i desc him.


Pen off :)